Monday, November 24, 2008

Janji

Iblis bercakap dengan seorang manusia,



Iblis: Aku nak kau bunuh orang

Manusia: Tak nak aku. Membunuh dah melibatkan orang lain.Itu kan dosa besar.

Iblis: Hm apa kata kau berzina dengan seorang perempuan

Manusia: Mana boleh.. berzina dah libatkan orang lain juga. Lagipun itu kan dosa besar.

Iblis: Kau minum arak la, sekurang-kurangya tak de libatkan orang lain. Diri kau ja kan?

Manusia: Ok

-Orang itu pun meneguk air kencing syaitan dan bermabuk-mabukkan. Sambil mabuk orang itu telah berzina dengan seorang perempuan dan telah membunuh perempuan itu.

-Orang itu telah dihumban ke dalam penjara dan ketika di dalam penjara, ia memanggil si Iblis.

Iblis: Apa kau nak?

Manusia: Iblis, kau kena tolong aku keluar dari sini.

Iblis: Aku nak kau sujud pada aku. Sujud pada aku dan kau akan terus bersama aku di akhirat nanti.

-Maka manusia itu bersujud pada sang Iblis.

*Sang iblis adalah makhluk yang menepati janjinya dengan tuhan Yang Maha Esa.

Setelah manusia itu bersujud pada Iblis, Iblis yang menepati janjinya pada Allah pergi dan say goodbye pada si manusia.

Janji iblis pada Allah: Akan aku sesatkan umat-umat mu Ya Allah. Aku janji.

Setelah menyesatkan si manusia, iblis pergi darinya kerana telah selesai menjalankan janjinya pada Yang Esa.

Iblis: Wahai manusia, aku pergi dulu kerana aku dah berjaya sesatkan kau dan kerana aku takut dengan tuhanku.

** Ada lebih hebat dari iblis yang sebenarnya takut pada Yang Esa?











3 comments:

advanc said...

ouh.. teringat aku kisah2 lama..
pd zaman persekolahan sekolah rendah agama..

huhu.. Keinsafan ni..

Kamu da byk berubah>

Sarah H said...

Aku cuma tulis, apa yg aku tahu =)

Anonymous said...

kita telah berjanji pada tuhan kita utk menyembahNya tatkala kita masih blum diwujudkan dmuka bumi...

masihkah kita menngingkari janji kita??..

yaaa, mgkn ada yg kata "aku x thu pun"..

tp ingatlah dari mana kita dtg, dan dari mana kita akan kembali..

cayalah sa!

bintangku