Tuesday, June 23, 2009

Magic nya cinta

Masa bercinta: 1 minggu
Anggapan pada kekasih: My other half

Bila disengat ja, dah boleh anggap si kekasih tu your other half?

How?

Mm

Thursday, June 18, 2009

Lepas

Apa harganya
Apa ertinya bila tidak merasa
Apa mahunya
Apa tahunya bila tidak punya rasa

Manusia ni memang
Tidak akan terbuka tingkap rumah usang
Melainkan angin kuat yg memaksa ia berbuka
Baru kita namapk isi yang berharga
Itu la aku dan kita yang sebenarnya.

Kenapa tak kau lepaskan burung di sangkaran
Tahukah kau dia begitu selesa dgn rumahnya
Tapi dia juga mahu terbang merantau!
Beri la lepasan untuk ia.

Bebaskanlah pari-pari kecil dari tuannya
Dia juga mahu mencari
Masiiih dia sayaaang tuan berkepala dan berbaju hijau itu
Namun dia bertekad aku pun ada life sendiri, maka dia juga mahu pergi.

Tuesday, June 2, 2009

Kelabu

Bila gadis ditolak ketepi,
Untuk suatu lain yang dia ingin,
Rasa dipaksakan duduk sedang gadis berdiri,
Bagi gadis, hari ini hari kelabu.

Hari ini hari kelabu,
Tidak jelas dan tidak faham keadaan,
Kusut, kabut berlari pusing,
Hari ini hari kelabu,
Gadis masih serabut.

Gadis tidak mahu kelabu,
Gadis mahu tahu,
Tolong la beri jawapan kamu,
Hitam atau putih,
Tak pe lah walau gadis perlu bersedih.

Andai jawabnya hitam,
Biar saja gadis dengan sedihnya,
Nanti akan dia sebutkan lagi dalam tulisannya.