Friday, November 7, 2008

Anugerah pelakon terbaik

Skrip dah siap tulis. Direktor dah siapkan kertas kerja untuk memulakan penggambaran.
Muncul lah Adam dan Hawa yang membuka pentas lakonan dunia.

Beribu-ribu-ribu-ribu-ribu tahun sudah banyak pelakon yang lahir ke dunia dengan karektor masing2. Segala skrip dan gaya perilaku di praktikkan seperti yang tertulis dalam perancangan si Dia.

Muncul lah aku yang membawa karektor Sarah dalam pentas lakonan yang tiada habisnya.
Hari- hari aku menurut skrip yang telah ditulis untukku. Direktor yang Maha Bijak paling bagus dalam mengatur naik turun karektor aku, kisah drama aku. Aku kagum.




Hari ini, aku bagai diberi anugerah pelakon terbaik oleh Personal Assistant si Dia iaitu si hati. Si hati memberitahu aku bahawa aku telah menang anugerah di atas effort aku selama ni. Gembira tak terkata aku merasa, oleh itu aku ingin berterima kasih kpd yang berhak.



Ini lah skrip terima kasih dari saya..



Ehem..

Terima kasih tak terhingga atas kemenangan anugerah ini. Saya tidak sangka akan diberi penghargaan seperti ini kerna selama saya berlakon, saya cuma mahukan yang terbaik buat diri saya dan semua orang disekeliling. Saya tak sangka jatuh dan bangun saya banyak membantu saya untuk mencapai anugerah ini.



Kepada direktor,

Terima kasih kerana memberi watak yang penuh cabaran kpd saya.



Kepada para pelakon yang lain,

Terima kasih kerana berlakon bersama saya, jatuh bersama saya, bangun bersama saya, menjatuhkan saya dan menaikkan saya.



Kepada para pelakon junior saya, terima kasih kerana membawa sinar kpd saya. Sinar harapan terhadap masa depan saya.



Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa dibelakang saya.



_____________________________________________________________





Terima kasih kepada anugerah ini Yang Maha Segala :D

5 comments:

myhann said...

I like it because you refer God as the Director.
Heee.
:D

advanc said...

huuh?

Sara Musfira said...

Dan Direktor yang Maha Besar ini, menamakan nama kita sama yaa.hehe

jodoh
=D

Sarah H said...

Yaa, karektor kita hampir sama tak?
Hehe

advanc said...

setelah sekian lama.. baru ku faham apakh artikel ini =D

takes time to understand.. hahaha
stupify me.