Tuesday, January 26, 2010

Bila tangan menerima

Aku diberi rasa dicinta
Aku diberi rasa disayang

Aku diberi tunjuk
Aku diberi ajar
Aku disedarkan diri sendiri untuk senyum bila rindu
Aku suka dikelilingi kasih

Rasa dimahukan
Rasa dipercayakan
Rasa disayangkan
Rasa diperlukan

Rasa akan dipegangkan jiwaku yang satu ini
Dipagarkan elok
Disimpan lama
Dan masih dikasihi

Aku diberi tunjuk
Aku diberi ajar
Aku diberi mata bercahaya
Untuk menerangkan mana-mana yang gelap

Orang-orang yang telah mempengaruhi aku untuk menjadi yang lebih positif, aku berterima kasih sangat dengan kamu.

Wahai kamu, indahnya kamu kerana kamu tidak tahu kesan kamu pada aku.
Saya paling untung ada kamu-kamu dalam hari-hari ku!!

;')

Wednesday, January 20, 2010

Rasakan ini

Bila kebanyakannya di genggam mu,
Kita endahkan dan ambil ringan.

Bila yang kebanyakan itu mula pergi,
Kita eratkan genggam rasa mahu lagi pegang.

Bila yang satu itu melekat di hati,
Kita biarkan kadang terlupa untuk beringat.

Rasakan ini, rasa.

Bila yang satu itu semakin dibuai masa,
Masih percaya ke?

Rasakan ini, rasa.

Bercinta

Can it go further?

Feels so far away.

Wait?

A friend said seek for the best from god.

Seems everyone else has reached it already.

Wait?

Kosong. Bolong. Bolor. Benar2 tidak tahu.