Thursday, February 26, 2009

Rasa

Gambarkan aku di tempat itu
Gambarkan aku di tempat kamu
Gambarkan rasa kamu bila aku di tempat situ

Gadis itu cari nahas
Dia masuk bakul dan pergi ke tempat kamu
Kamu tahu apa rasanya dia itu?

Beza
Tidak mungkin gadis faham
Kerana kamu terlalu tajam bisik dirinya
Kamu terlalu gagah
Tanpa sedar, telah kamu bermegah

Kecilnya aku, rasa gadis itu
Kecilnya dunia kelilingku
Punyalah sukar untuk dibukakan mata
Tapi bangunlah! Ini yang nyata!

Kenapalah ini bukan khayalan semata?

-

Gambarkan emosi
Gambarkan pekatnya iri hati
Gambarkan sekarang ini
Suka hati lah
Gadis tepis dunia ini yang sebenarnya
Tapi gadis tahu ini bukan lukisan tanpa hala.

3 comments:

Sara Musfira said...

Gadis ini siapa? Dlm perubahan diri ya?

Nice one Sarah!
:)

advanc said...

jap2.. aku cuba translate..

ada org curi periuk nasi kamu ke?

hahahar..

apalah fikiran analogistik aku ini..


maaf-*

Sarah H said...

Tak pasti la tulisan ni jadi apa.
Yg sebenarnya nak kata andainya aku di tempat org lain hehe