Saturday, December 27, 2008

Lihat

Aku lihat
kehidupan bercinta yang indah
Aku dengar
tawa halus seorang anak kecil.

Aku lihat
orang sakit di hospital
Aku lihat
anakanda menangis menghantar bonda masuk ke bilik bedah.

Aku lihat
diri aku yang malang
Aku fikir
aku tak boleh tabah sebab aku dah lama tak berkasih dengan Dia.

Aku lihat
warga kaya raya itu mewah rumahnya, keretanya, pakaiannya
Aku lihat
sedap makan dan minumnya
Tapi aku lupa
aku pon bahagia.

Pelbagai yang manusia mahukan.
Aku mahu pelbagai benda untuk buat aku gembira
Kadang aku lupa aku sudah cukup gembira dengan apa aku ada :)

3 comments:

myhann said...

Ok. Aha :D

Ara Zainal said...

Iya.. Selalu terlupa. Selalu mengharap benda yg bukan milik.. Sebenarnya tidak menyedari kondisi diri. Begitu?

Sara Musfira said...

Hmmm. Selalu lihatkan org lain kan kita ni?hmmm, kenapalah?

=]