Aku miliki cinta,
Ku tawarkan kasih yang rasanya manis,
Terlalu manis hatinya hanya orang-orang dekat dapat melihat ia.
Aku punya peluang..
Peluang untuk lihat hatinya,
Telah aku suluhkan sedalam-dalamnya,
Telah aku teroka,
Telah aku pijak hati manis itu,
Pernah aku usir hati itu dalam genggamku.
Hati manis itu teguh,
Tetap teguh!
Berpaut pada jemari genggamanku,
Enggan pergi malah mahu terus menetap,
Mencari seribu jalan 7 kaki dalam untuk tetap di sebelahku.
Hatimu manis, hatiku cuka
Hatimu manis, jiwaku suka
Hatimu manis, terbukalah cinta
Hatimu manis, teruskan saja
3 comments:
Nice words tapi I tak faham ;S
Kuat kata kata you.
=]
tidak mahu melepaskan... itu sudah bagus.
Post a Comment