Aku diberi rasa dicinta
Aku diberi rasa disayang
Aku diberi tunjuk
Aku diberi ajar
Aku disedarkan diri sendiri untuk senyum bila rindu
Aku suka dikelilingi kasih
Rasa dimahukan
Rasa dipercayakan
Rasa disayangkan
Rasa diperlukan
Rasa akan dipegangkan jiwaku yang satu ini
Dipagarkan elok
Disimpan lama
Dan masih dikasihi
Aku diberi tunjuk
Aku diberi ajar
Aku diberi mata bercahaya
Untuk menerangkan mana-mana yang gelap
Orang-orang yang telah mempengaruhi aku untuk menjadi yang lebih positif, aku berterima kasih sangat dengan kamu.
Wahai kamu, indahnya kamu kerana kamu tidak tahu kesan kamu pada aku.
Saya paling untung ada kamu-kamu dalam hari-hari ku!!
;')
1 comment:
Suka!
Post a Comment