Tuesday, June 2, 2009

Kelabu

Bila gadis ditolak ketepi,
Untuk suatu lain yang dia ingin,
Rasa dipaksakan duduk sedang gadis berdiri,
Bagi gadis, hari ini hari kelabu.

Hari ini hari kelabu,
Tidak jelas dan tidak faham keadaan,
Kusut, kabut berlari pusing,
Hari ini hari kelabu,
Gadis masih serabut.

Gadis tidak mahu kelabu,
Gadis mahu tahu,
Tolong la beri jawapan kamu,
Hitam atau putih,
Tak pe lah walau gadis perlu bersedih.

Andai jawabnya hitam,
Biar saja gadis dengan sedihnya,
Nanti akan dia sebutkan lagi dalam tulisannya.

1 comment:

Sara Musfira said...

Harap bukan hitam dan takkan hitam.

=]