Friday, January 2, 2009

Di suatu hari itu

Kadang gembira yg aku rasa dengan sesuatu yang bernama .....
ialah sakit yang amat.
Kadang aku tidak mahu apa yang aku rasa.
Ia sakit tahu!

Ada satu hari itu kalau kau nak tahu,
Kawasan aku banjir ditangisi awan.

Pada malam yang sangat gelap tika bintang mula pergi, awan itu mula menangis.
Awan itu menangis disebabkan kamu bulan.

Pernahkah kamu melihat orang yang menadah tangan meminta kasih?
Itu aku.

Pernahkah kamu melihat matahari yang bagaikan tidak mahu memberi siang?
Itu aku.

Bagaimana pula dengan orang yang bercinta bagai tiada akhirnya?
Itu.. aku tidak tahu.

Hey,
Pernah aku letakkan kamu setinggi langit disisi bulan.
Tika itu, kamu selalu menyejukkan rasa aku.
Kini kau jatuh tingkat kedudukan.
Kau, tidak aku bariskan disisi bulan.
Kau, tidak lagi setinggi langit seperti sebelum ini.

Awan itu menangis
Sampai sekarang pun awan itu belum mampu berhenti bersedih
Walaupun tidak hujan, guruh dan petir yang berdentam-dentum itu masih memberi luka pada awan ini.

Bicara hati yang cantik, awan ini belum putih.

3 comments:

Sara Musfira said...

Sakitnyaa kan? hmmm


Istighfar saja
:)

myhann said...

Best woih

Ara Zainal said...

saya juga...

sakit banget.