Saturday, November 29, 2008

28 November 2008

satu, dua, tiga, empat, lima = <3

Dengan mereka la aku bersama pada tarikh ini. Terima kasih.






Lagi cinta

Macamana cinta itu menyusahkan?
*Cinta itu menyusahkan kerana kita tidak cukup mencintaiNya.

Manusia ada hak paling luas bagi memilih sesuatu.
Pilih la macam mana nak kau lukis tentang cinta.
Buka hati, suluh sekali.


Genggam pensel, lukis kisah cinta
Garis lurus yang sempurna atau garis zig zag, kita boleh pilih bagaimana mahu atasinya.
Cinta yang zig zag butuh ketabahan hati kerana ia banyak naik dan turun yang penjurunya tajam2.
Ambil tukul, ketuk penjuru tajam itu dan kau akan peroleh cinta yang lurus garisnya. (tabah.tabah)

**Cinta itu luas kisahnya. Tak main laa cinta untuk kekasih ja ;)

Aku pergi tahun 80-an

Shopping!! Hehe. Bercita rasa juga makcik aku dulu2. Cun cun dress dulu2 hehe.

Thursday, November 27, 2008

C i n t a

Love/ cinta itu penting kan?

Kenapa tidak letak "love" dalam diri padahal ia sebenarnya sangat digalakkan tuhan utk kita.
Jgn buang rasa cinta. Tanpa cinta, mana mungkin lahirnya kau. Tanpa cinta mana mungkin lahirnya waris Rasul Allah.

Cinta itu luas kisahnya.

// rekaan yang tidak punya makna tapi semata-mata

Hey gorgeous.

Hey handsome.

Will u marry me?

I'd love too.

Ill come over to see your family.

Great.

Lets pray together so this will come true ok gorgeous.

:)

Fakta ke tidak?(tambahan. Tq sara :D )

Top 5 lokasi kekasih:

1. Shopping mall- di bangku2 panjang macam kat kantin sekolah.
2. Tasik- kolam air yang busuk dilimpahi sampah instead of ducks. Tangkap bau "wangi harum"
3. Panggung wayang- I lay on u, u lay on me. We lay on each other.
4. Kereta- Lelaki memandu kereta seperlahan mungkin (kononnya mengikut halaju) untuk mendapatkan masa yang lebih lama bersama kekasih.
5. Pondok telefon- sorang di pondok A, sorang di pondok B( yg bersebelahan) dan berborak. Sgt terkenal di kawasan berasrama.
6. Myspace- saling bertukar nota cinta (i love u forever baby. Till death do us apart) dan gambar di halaman masing-masing. (orang gembira sara.. biarla mereka) :PP

Tuesday, November 25, 2008

..

Hey handsome.

Hey gorgeous.

Let's get marry.

Ok, lets!

Andainya dunia..

Andainya semua yang dalam dunia ini SEMPURNA,

Mana timbul cabarannya?


Tuhan ciptakan dunia dengan corak manusia yang berbeza.

Ada yang kuning, hijau, merah jambu, jingga.. warna cerah-cerah belaka. - Perangai pun baik2 saja.

Ada orang yang sikapnya bewarna hitam, brown, dark purple, biru gelap.. warna gelap-gelap belaka- maka perangai pon yg melanggar norma kehidupan.

Haruslah kita berterima kasih kepada orang2 yang macam celaka kerana telah membawa ujian dari Yang Esa untuk kita.

*Ujian??

Ya ujian. Tanpa orang-orang celaka, macam mana kesabaran kita nak diuji? Bukankah dunia ini dipenuhi cabaran?

Tanpa orang celaka, macam mana kita nak belajar untuk menangani masalah atau perbetuli diri?

Tanpa orang celaka yang membunuh dan merompak, kuranglah peluang pekerjaan di permukaan bumi ini. Tak gitu?

Bukanlah kita perlu berterima kasih kepada orang-orang celaka dari segi menghormati sikap buruk mereka, cuma.. dengan mereka lah ujian dari tuhan bertemu dengan kita.

// Orang yang warna sikapnya cerah-cerah belaka juga boleh bagi kita cabaran tau.

Aku berlindung denganMu Ya Rabb.

Monday, November 24, 2008

Janji

Iblis bercakap dengan seorang manusia,



Iblis: Aku nak kau bunuh orang

Manusia: Tak nak aku. Membunuh dah melibatkan orang lain.Itu kan dosa besar.

Iblis: Hm apa kata kau berzina dengan seorang perempuan

Manusia: Mana boleh.. berzina dah libatkan orang lain juga. Lagipun itu kan dosa besar.

Iblis: Kau minum arak la, sekurang-kurangya tak de libatkan orang lain. Diri kau ja kan?

Manusia: Ok

-Orang itu pun meneguk air kencing syaitan dan bermabuk-mabukkan. Sambil mabuk orang itu telah berzina dengan seorang perempuan dan telah membunuh perempuan itu.

-Orang itu telah dihumban ke dalam penjara dan ketika di dalam penjara, ia memanggil si Iblis.

Iblis: Apa kau nak?

Manusia: Iblis, kau kena tolong aku keluar dari sini.

Iblis: Aku nak kau sujud pada aku. Sujud pada aku dan kau akan terus bersama aku di akhirat nanti.

-Maka manusia itu bersujud pada sang Iblis.

*Sang iblis adalah makhluk yang menepati janjinya dengan tuhan Yang Maha Esa.

Setelah manusia itu bersujud pada Iblis, Iblis yang menepati janjinya pada Allah pergi dan say goodbye pada si manusia.

Janji iblis pada Allah: Akan aku sesatkan umat-umat mu Ya Allah. Aku janji.

Setelah menyesatkan si manusia, iblis pergi darinya kerana telah selesai menjalankan janjinya pada Yang Esa.

Iblis: Wahai manusia, aku pergi dulu kerana aku dah berjaya sesatkan kau dan kerana aku takut dengan tuhanku.

** Ada lebih hebat dari iblis yang sebenarnya takut pada Yang Esa?











Sunday, November 23, 2008

Kasih

Tiket yang tak perlu guna wang,
tiket percuma la kan?
Bila kita dapat tiket percuma untuk sesuatu yang kita inginkan.. mesti gembira tak terkata kan?
Lagi2 kalau tiket tu diluar kemampuan kita.

Tiket yang mampu merubah hidup aku tidak terletak di kaunter, tidak terletak di cashier, tidak juga terletak di mana2 majalah free yang aku terima.
Tiket utk masuk pintu syurga, pernahkah aku terlintas utk memiliki dan meraihnya?
Masuk syurga mmg semua impikan, tapi aku terlupa tentang macamana nak miliki tiketnya..

Kau jaga aku, kau mnyusu aku, kau kasih dan cinta aku.
Pemegang tiket ku, relakanlah tiket pintu heaven pada ku supaya dapat aku jejak syurga dibawah tapak kakimu.

Tuesday, November 18, 2008

Siap. Done.

Composing is fun.
One down, more to go.

Tulis tulis kat sini, kerja2 rumah telah terabai. Wooph
:D

Semua pun bukan!

Bukan lah aku ini seorang yang sok baik
Bukan lah aku di sini utk mengedar kebaikan
Bukan lah aku di sini utk tunjuk yg baik-baik saja
Tapi jujur. Cuma nak tulis ttg apa jadi sekeliling aku dan aku.



Bila kamu menge"judge" jadi lah aku jahat
Bila kamu menge"judge" jadi lah aku baik
Bila kamu menge"judge" jadi lah aku apa mahu mu
Apa mahu kamu

Sunday, November 9, 2008

Hot hot heat

Panas gila bumi sekarang.
Tak nak aku masuk neraka. Panass Hih

Friday, November 7, 2008

Anugerah pelakon terbaik

Skrip dah siap tulis. Direktor dah siapkan kertas kerja untuk memulakan penggambaran.
Muncul lah Adam dan Hawa yang membuka pentas lakonan dunia.

Beribu-ribu-ribu-ribu-ribu tahun sudah banyak pelakon yang lahir ke dunia dengan karektor masing2. Segala skrip dan gaya perilaku di praktikkan seperti yang tertulis dalam perancangan si Dia.

Muncul lah aku yang membawa karektor Sarah dalam pentas lakonan yang tiada habisnya.
Hari- hari aku menurut skrip yang telah ditulis untukku. Direktor yang Maha Bijak paling bagus dalam mengatur naik turun karektor aku, kisah drama aku. Aku kagum.




Hari ini, aku bagai diberi anugerah pelakon terbaik oleh Personal Assistant si Dia iaitu si hati. Si hati memberitahu aku bahawa aku telah menang anugerah di atas effort aku selama ni. Gembira tak terkata aku merasa, oleh itu aku ingin berterima kasih kpd yang berhak.



Ini lah skrip terima kasih dari saya..



Ehem..

Terima kasih tak terhingga atas kemenangan anugerah ini. Saya tidak sangka akan diberi penghargaan seperti ini kerna selama saya berlakon, saya cuma mahukan yang terbaik buat diri saya dan semua orang disekeliling. Saya tak sangka jatuh dan bangun saya banyak membantu saya untuk mencapai anugerah ini.



Kepada direktor,

Terima kasih kerana memberi watak yang penuh cabaran kpd saya.



Kepada para pelakon yang lain,

Terima kasih kerana berlakon bersama saya, jatuh bersama saya, bangun bersama saya, menjatuhkan saya dan menaikkan saya.



Kepada para pelakon junior saya, terima kasih kerana membawa sinar kpd saya. Sinar harapan terhadap masa depan saya.



Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa dibelakang saya.



_____________________________________________________________





Terima kasih kepada anugerah ini Yang Maha Segala :D

Wednesday, November 5, 2008

Persoalan

Banyak persoalan yang timbul, muncul dalam hidup.


Banyak soalan yang aku nakkan jawapan.


1. Orang kerja di booth tol dapat berapa eh sebulan?


2. Apa eh perasaan tak hantar anak pergi sekolah?



3. Kenapa orang put on accent?

4. Orang nampak tak keunikan Bahasa Melayu?

5. Apa perasaan bila naik pelamin, ramai orang tengok2 macam tak pernah tengok orang? * Haha

6. Kenapa aku tak boleh sabar untuk melihat hikmah segala kejadian?

7. Kenapa harga minyak mahal?? (common ques)

8. Kenapa muzik begitu diangkat oleh aku dan sesetengah yg lain?

9. Kenapa manusia berkorupsi?

10. Boleh ke aku pgi gig nanti?

12. Bila nak tiba jodoh aku? - Hehe

11. Kenapa aku menulis semua ini?

Nombor 11 ialah yang paling aku tertanya2.