Wednesday, October 22, 2008

Orang bewarna- warni

Manusia itu sama.

Percayakah?

Warna kulit hitam, putih, kuning langsat, merah jambu babi- memang berbeza, tapi tidak pada jiwanya.

Percaya tuhan itu Esa, banyak atau tiada bukan lah penghalang untuk berkawan dengan manusia yang lain pendapatnya.

Percayakah?
*Percayalah.

Se-risau2 kita untuk memulakan perbualan pertama dengan orang baru, se-risau2 juga lah si orang baru itu bila dengan kita. Samakan?

Berkawan lah, tutup pintu diskriminasi terhadap warna manusia.
Diskriminasi warna manusia tu tak bawa kita ke alam yang lebih baik pun.

Diskriminasi orang * memang lebih pandai dalam Matematik, ooh tak semestinya..
Diskriminasi orang * dilahirkan malas.. apa semua orang * malas? Tidak mungkin.

Usahlah label orang itu berdasarkan warna mereka, label lah mereka berdasarkan hati mereka (hehe)

Kenal dulu, baru label . Ok ke?

Hih


To believe

Kenalkan aku dengan dunia
Kenalkan aku dengan cinta
Kenalkan aku dengan kasih dan bahagia.

Melukis senyum untuk aku
Wajah gembira untuk aku
Mendukung aku untuk aku
Menghulur segala untuk aku.

Mengertikah aku dengan dunia mu
Mengertikah aku dengan cinta mu
Mengertikah aku dengan senyuman kamu

Belum lagi mengerti.
Maaf, aku belum kenal lagi semua ini.
Tapi aku mahu.

Saturday, October 11, 2008

Could this be?

Sabar.. dan ikhlas. Itu agama aku.
Senang ja rupanya untuk menjalani hidup.

Manusia butuh cara, petunjuk la katanya,
Benda dah jelas nyata, pun tetap tak terlihat dimata.

Yang paling Esa, pimpin lah aku.
Aku takut.

Sunday, October 5, 2008

Berharap pada yang berhak

Aku tidak mahu berkata banyak lagi.
Mahu tetap diam sambil meminta padaNya dan berharap.
Berharap, itu yang pasti.

Friday, October 3, 2008

Kasih dan lebaran

Adakah kau menyayangi..
Sanggupkah kau memilih ini..
Sampaikah kau dan aku hingga abadi?

*Crappy feelings

By the way, sambutan lebaran tahun ini agak menarik dengan hadirnya sebahagian saudara mara dan aku memilih foto ini untuk menggambarkannya :



:)